Followers

Wednesday, 1 January 2014

Belfast - London - Glasgow - Belfast

 Assalamualaikum wbt...

Setelah menyepi berbulan-bulan, akhirnya aku kembali menaip... Hehe... Wife yg sarat mngandung amat memerlukan perhatian dan akhirnya berjaya bersalin secara normal... Mula-mula nak kembali menulis tapi puteri comel kami pulak perlukan kasih sayang bapa di kala ibu sibuk berpantang... Huhu... Akhirnya selepas dapat bercuti 5 hari, akhirnya aku kembali...

8 November, hari ulang tahun wife yg ke 29. Setelah puas memikir apa present yg nak dibagi, terlintas kat fikiran, "apa salahnya ke Glasgow, tempat kelahiran dia." So alang-alang nak ke mainland, better settlekan pasport si comel, senang sikit kalau-kalau wife kena gi conference di luar benua Ireland. After planning for more than 3 weeks, kami mulakan perjalanan kami pada 6 November 2013.

6 November 2013


Di Belfast City Airport



Flight kami, British Airways, departure pada pukul 14:15 so kami bertolak dari rumah pada pukul
12:15 naik teksi ke Belfast City Airport. Agak mencabar vacation kali nie sebab ada si kecik manja, tak boleh dah relax-relax gerak last minute. Huhu... Masa tu sangat-sangat berharap dia tak melalak masa dlm flight... Alhamdulillah, sepanjang dalam flight dari Belfast ke London Heathrow Airport dia tido dengan nyenyaknya. Hehe.. Kami tiba di Heathrow pukul 16:15. Janji dengan Kak Umi pukul 18:00 di 215 Blackwater House, Church St, tapi perjalanan kami tak seperti yang dirancang. Turun flight, kami kena susukan baby & ganti nappy dia dulu + nak anginkan dia lagi, pukul 6 baru kitorang bergerak ke train. Konon nak kejarkan masa, kami nak naik Heathrow Connect, ternaik pulak Tube Train. Kena pulak orang balik kerja dengan stroller kami conquer byk space, hari kami memang sangat meriah. Dari Terminal 1 ke Earl's Court, kami tukar train ke Edgware Road. Sampai Edgware Road & kitorang malas nak pening-pening, kami terus check-in kt B&B Kak Umi pukul 20:30. Lepas susukan baby, kami pun turun ke Chicken Valley untuk dinner. Lama mengidam nie.. Hehe.. Settle makan, kitorang pun balik B&B untuk rest. Esok kami nak kena bangun awal pergi Malaysia High Commission. Huhuhu...


7 November 2013


Awal pagi kami bangun, cadangannya nak gerak awal. Tapi baby tak izinkan. Dia nak susu & mommy nak pump susu + lain2 preparation khas untuk baby. Memang dasar princess betoi! Hehe.. Kami naik bas no 16 pukul 10:00. Cadangannya nak naik bas no 414 sebab malas nak lalu tangga bila sampai city centre nanti tapi takut tak sempat buat passport baby, tangga pun tangga lah. Yang penting baby nyenyak tido kt dlm stroller. Sampai-sampai High Commission, tengah-tengah kelam kabut nak amik nombor ngan baby dah merengek lapar, tiba2 kerja aku bertukar ngan wife. Dia gi uruskan passport, aku pulak yang susukan baby. Memang agak kelakar la masa tu. Kena pulak dokumen-dokumen aku yang susun, memang gelabah la wife nak cek dokumen. Huhuhu... Tapi 
berkat kesabaran kami, akhirnya settle juga passport baby. Paling susah masa nak amik gambar passport baby, huhuhu. Dgn muntah susunya, baju terang pulak, bayang-bayang lagi, kuar passport 
tengok gambar hitam putih. Tak menarik langsung. Cettt! Settle submit semua dokumen, kami pun lunch nasi lemak kt cafe kat High Commission. Lama tak makan nasi lemak bukan air tangan sendiri. Huhu... Nak tunggu 15:30 untuk collection, kami pusing-pusing je la kat luar High Commission. Nak gi jauh-jauh, takut baby meragam, kitorang juga yang kelam kabut. Dan seperti biasa janji Malaysia, pukul 4 baru buka kaunter collection.

 
Di Malaysian High Commission

Settle collect, kami terus naik bas ke Sussex Gardens & menapak ke Restoran Pak Awie. Malangnya Pak Awie tak sayang kitorang, dia boleh tutup restoran dia. Punyalah plan berminggu-minggu nak ke sini tapi nk wat macam maner... Huhuhu... 



Di Restoran Melur

Plan B, Restoran Melur kt Edgware Road. Staff kat sana mmg friendly. Makanan pun boleh tahan. Kami celebrate night before birthday wife kat sana makan char kuey teow special + fresh orange, 
laksa kari + air bandung & ABC. Lama tak jumpa benda-benda nie. Lepas geram. End of story hari tu aku demam.. Huhuhu...


8 November 2013

Happy birthday wife tersayang! Hehe... Hari nie kitorang bersiap awal nak gi Stansted Airport, nak gi
Glasgow, tempat kelahiran wife. Wife memang tersenyum girang setelah bertahun2 sejak 89 kot tak balik sana. Setelah berjalan, berlari, naik turun bas, naik turun train, akhirnya kami sampai Stansted Airport. Setelkan baby, kami pun naik flight EasyJet and departure pukul 11:35. Alhamdulillah baby tido dgn nyenyak dari B&B sampai la ke Glasgow International Airport pukul 12:50.






Stansted Express, Stansted Airport & EasyJet ke Glasgow

Memandangkan dia tido nyenyak, kami terus amik taxi airport ke Rab Ha's, Hutcheson St. G1 1SH, hotel tempat kami menginap untuk 2 malam. Glasgow memang cantik, dan pada pendapat kami paling best banding London & Belfast (Liverpool always the best!). Suasana pun tak serabut cuma banyak bukit. Huhu. Sampai Rab Ha's, settle baby punya hal kami pun gi lunch kt KoolBa & melantak beriyani. Bagi betul-betul kenyang baru ada tenaga nak jalan-jalan. Settle lunch, kami mendaki University of Strathclyde, tempat belajar bapa mertua dulu. Huhu. Memang penat daki bukit kat sini. Bawa stroller kena hati-hati sebab takut tergelongsor ke bawah. Tiba-tiba jumpa tembok bersejarah yang tinggal tembok. Rupa-rupanya itu la Glasgow Royal Maternity Hospital, tempat wife lahir. Hospital tu dipindahkan pada 2001 dan tanah tu dijual ke universiti. So hajat kami masuk hospital tu tak kesampaian. Dapat amik gambar kat tembok pintu entrance pun jadi la.. Huhu.





Pusing punya pusing sampai penat, kami pun turun ke Queen St. Meriah memang meriah tapi tak serabut, just nice. Rasa macam nak pindah sini je.. Hehe.. Kerana terlalu penat & ada misi esok hari, kami pun pulang ke Rab Ha's...


9 November 2013

Pagi tu kitorang breakfast kat Rab Ha's pukul 09:30. Melantak cukup-cukup sebab dah termasuk dalam bil, pastu kami gerak ke Buchanan St., wife nak cari souvenir katanya. Jalan punya jalan, masuk keluar Princes Square, tak jumpa-jumpa juga kedai souvenir. Last-last tanya kat Info Centre. Rupanya ada 3 kedai souvenir area situ, James Pringle Weavers, Hector Russell & Tartan Plus. Dari luar mmg tak perasan kedai-kedai ni jual souvenir... Huhu... Sempat gak masuk Apple Store tapi sekejap je sbb kami nak bergegas menjejak sejarah wife. Kami naik teksi ke 310 West Princes St., rumah wife & family masa tahun 1984. Wife tak berapa ingat tempat tu sebab masa tu dia baby lagi, tapi dia ada perasan gambar lama ia & arwah ibu amik gambar kat tangga rumah. Terharu gak la masa tu tgk rumah tu. Masih kukuh  seperti 29 tahun dulu. Syok-syok amik gambar, hujan pun turun. Kami pun rest jap & lunch kat Shish Mahal, dekat je ngan West Princes St. Dapat special price untuk lunch, kami pun isi perut makan Chicken Madras & Lamb apa ntah tapi sedap giler... Hehe... Setelah isi & buang, kami pun sambung amik gambar. Hari dah nak gelap, kami pun bergegas naik teksi ke Melrose Primary School, Cumbernauld, sekolah wife dulu. Boleh tahan jauh gak la. Sampai2 sana, kami tak berapa confident tu sekolah lama wife. Tapi setelah pusing kiri kanan depan belakang sekolah, wife confirm tu memang primary school dia. Apa lagi, amik gmbr la puas-puas. Hari makin gelap, kami bergegas ke 142 Ivanhoe Road, Cumbernauld, rumah lama wife around 1989. Agak jauh & lalu kiri kanan semak tapi kami selamat sampai. Masa sampai sini wife sangat-sangat terharu. Terlalu banyak kenangan dia, arwah ama & family. Walaupun masa kami sampai tu hari dah gelap, itu tak menghalang kami untuk terus bergambar. Wife nak sangat kembali ke sini next summer sebab nak bergambar waktu siang. Huhu... Memandangkan hari makin sejuk around 0 degree celcius, kami pun terus ke Tesco nak setelkan hal baby yang dah lapar. Settle semua, kitorang naik teksi ke Cumbernauld Station, naik train around 19:00 ke Queen St. Station, City Centre. Setengah jam dalam train, kami pun cari tempat dinner. Ingat nak gi Nando's halal tapi agak jauh so kami ke Wagamama melantak Prawns Firecracker. Hehe.. Lepas tu kitorang pun ke Rab Ha's untuk rest sebab esok flight balik Belfast pukul 12:30.

10 November 2013
09:45 kami gerak ke airport. Kami naik Flybe, kecik je plane dia mcm private plane. Teruja campur seram juga tapi berkat pilot yang power kami selamat sampai di Belfast City Airport pukul 13:15. Sebab penat sangat, tak pikir panjang kami pun amik teksi & pulang ke The Grange... =)

No comments: