Cork, Ireland terletak kat nun jauh di selatan Ireland, dan terasa sangatlah jauh dari tempat aku, Newtownabbey, Northern Ireland. Tapi memandangkan aku ada kursus kat sana, ku gagahkan jugak diri ini untuk ke sana. huhuhu... tapi takde la rasa berat sangat sebab ada ura2 mengatakan yang Cork ni cantik... (bukan sama je kalau dah dalam UK & Ireland?)

Masa pergi tu aku drive sorang2, tinggalkan isteri tercinta kat rumah. Nampak macam zalim kan husband tinggalkan wife sorang2. tapi bukan salah aku, dia yang taknak ikut mula2. huhuhu... sebenarnya United Kingdom Border Agency (UKBA) dah kuatkan undang2 setiap foreigner students kena sign in setiap 2 minggu, terkena pulak hari kursus aku jatuh pada hari yang sama wife aku kena sign in. huhuhu... so bye2 love, and Cork here I come!!!
Aku menetap kat Carriganne B&B, Ringaskiddy, Cork sepanjang aku berada kat Cork. Tempat ni memang puas hati la sebab aku dapat bilik besar (1 queen size bed + 1 single bed) sedangkan aku datang sorang. tapi ada cara nak dapat bilik besar ni. nanti aku gitau yer. Kat B&B ni, bayaran ikut berapa kepala, bukan saiz bilik. 35.00 EUR per man per day, siap sarapan. So korang dapat bayangkan betapa bertuahnya aku kan. hehehe... Cuma style B&B ni dia modified rumah banglo jadi B&B, tingkat atas dan bilik depan diorang sewakan, belakang tu rumah diorang. memang besar la rumah tu. Yang kurangnya kat bilik, tv pakai siaran percuma je. Nak tgk SkyTV (macam astro la), diorang ada sediakan ruang tamu khas untuk penyewa2 bilik. kongsi2 tgk tv, jangan gaduh2 berebut remote. hehehe.
Carriganne B&B, Ringaskiddy, Cork, Ireland
(Geng2 kursus kat NMCI) ----------------------->
Tibalah hari terakhir kursus, dan hari ketibaan wife tersayang yang sanggup naik train dari Jordanstown Station (Newtownabbey) sampai la ke Kent Station (Cork) kerana tak sanggup menanggung rindu pada hubby kesayangan dia. chewah!!! conform nanti dia komen "uwekkk!!!". hehehe... Dan ini la cara aku dapatkan bilik besar. Masa booking aku cakap aku dtg ngan wife. Sampai sana aku cakap wife sampai lambat sikit. So nak taknak memang kena bagi bilik besar sebab diorang taknak susahkan aku tukar2 bilik. hehehe... Malam tu kitorang candle light dinner kat Indian Cuisine, Carrigaline, Cork. Candle Light Dinner pertama sejak kitorang diijabkabulkan. huhuhu... walaupun tak seberapa, yang penting dia gembira senyum sampai telinga. =)
<------------(tarikh salah sepatutnya 14/11/2012)
Memandangkan kereta tak berapa sihat dan cuaca kat sana agak berkabus ( nampak sejauh 50 meter keliling sahaja), rancangan kitorang meronda Cork kurang berjaya. Tapi kitorang tak melepaskan peluang ke Fota Wildlife Park, Cork. Kalau korang nak rasa kangaroo selamba je lintas depan korang, burung tak terbang bila korang datang dekat, meerkat comel berbaris depan korang (senang nak shoot gambar), zirafah & burung kasawari nak kejar korang (tapi tak boleh sebab ada pagar elektrik paras pinggang), boleh la datang sini. tapi datang time summer yer sebab time winter kabus tebal sangat2. huhuhu...
Fota Widlife Park
On the way balik Newtownabbey, kitorang singgah kat Midway (R&R) & melantak Chicken Hut halal. Kira lepas geram sebab KFC kat sini tak halal. huhuhu... So sape2 (Muslim) yang kalau tak makan fast food boleh mati, jangan berangan nak duduk lama2 kat negara omputeh yer sebab fast food halal macam Chicken Hut bukan bersepah macam fast food restaurants kat Malaysia.
Setelah 5 hari 4 malam tinggalkan rumah, akhirnya kami selamat sampai. Kalau nak cerita, banyak lagi onak ranjau yang kami hadapi sepanjang 5 hari 4 malam 'vacation' ni tapi nama pun onak ranjau, tak seronok nak cerita panjang2... nan ti orang2 yang sayang kami risau kat kami. yang penting, we still survive!!! hehehe. Alhamdulillah....
Jumpa lagi di episod 'jalan2 cari pasal' yang seterusnya!!! =)
Assalamualaikum...
p/s: nak gambar lagi? jom tengok kat CORK, IRELAND (please login facebook)!!!
"SAVE PALESTINE! SAVE GAZA!"
No comments:
Post a Comment