Followers

Friday, 30 November 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal : Cork, Ireland

Assalamualaikum kawan2,

Cork, Ireland terletak kat nun jauh di selatan Ireland, dan terasa sangatlah jauh dari tempat aku, Newtownabbey, Northern Ireland. Tapi memandangkan aku ada kursus kat sana, ku gagahkan jugak diri ini untuk ke sana. huhuhu... tapi takde la rasa berat sangat sebab ada ura2 mengatakan yang Cork ni cantik... (bukan sama je kalau dah dalam UK & Ireland?)



Masa pergi tu aku drive sorang2, tinggalkan isteri tercinta kat rumah. Nampak macam zalim kan husband tinggalkan wife sorang2. tapi bukan salah aku, dia yang taknak ikut mula2. huhuhu... sebenarnya United Kingdom Border Agency (UKBA) dah kuatkan undang2 setiap foreigner students kena sign in setiap 2 minggu, terkena pulak hari kursus aku jatuh pada hari yang sama wife aku kena sign in. huhuhu... so bye2 love, and Cork here I come!!!







Aku menetap kat Carriganne B&B, Ringaskiddy, Cork sepanjang aku berada kat Cork. Tempat ni memang puas hati la sebab aku dapat bilik besar (1 queen size bed + 1 single bed) sedangkan aku datang sorang. tapi ada cara nak dapat bilik besar ni. nanti aku gitau yer. Kat B&B ni, bayaran ikut berapa kepala, bukan saiz bilik. 35.00 EUR per man per day, siap sarapan. So korang dapat bayangkan betapa bertuahnya aku kan. hehehe... Cuma style B&B ni dia modified rumah banglo jadi B&B, tingkat atas dan bilik depan diorang sewakan, belakang tu rumah diorang. memang besar la rumah tu. Yang kurangnya kat bilik, tv pakai siaran percuma je. Nak tgk SkyTV (macam astro la), diorang ada sediakan ruang tamu khas untuk penyewa2 bilik. kongsi2 tgk tv, jangan gaduh2 berebut remote. hehehe.





Carriganne B&B, Ringaskiddy, Cork, Ireland



Sepanjang hari kursus (3 hari), hidup aku hanyalah di tempat kursus National Maritime College of Ireland (NMCI), B&B dan Indian Restaurant (dinner). Bukan senang duduk kat negara orang lagi2 nak cari makanan halal. Lunch time kursus disediakan, tapi aku punya special, vegetarian food. Dugaan gak bila tengok orang lain makan kenyang2 tapi takpe, bila malam tiba, nasi pilau kari kambing, nasi beriyani kambing aku sebat. wakakakakaka!!!!!

(Geng2 kursus kat NMCI) ----------------------->


Tibalah hari terakhir kursus, dan hari ketibaan wife tersayang yang sanggup naik train dari Jordanstown Station (Newtownabbey) sampai la ke Kent Station (Cork) kerana tak sanggup menanggung rindu pada hubby kesayangan dia. chewah!!! conform nanti dia komen "uwekkk!!!". hehehe... Dan ini la cara aku dapatkan bilik besar. Masa booking aku cakap aku dtg ngan wife. Sampai sana aku cakap wife sampai lambat sikit. So nak taknak memang kena bagi bilik besar sebab diorang taknak susahkan aku tukar2 bilik. hehehe... Malam tu kitorang candle light dinner kat Indian Cuisine, Carrigaline, Cork. Candle Light Dinner pertama sejak kitorang diijabkabulkan. huhuhu... walaupun tak seberapa, yang penting dia gembira senyum sampai telinga. =)
<------------(tarikh salah sepatutnya 14/11/2012)

Memandangkan kereta tak berapa sihat dan cuaca kat sana agak berkabus ( nampak sejauh 50 meter keliling sahaja), rancangan kitorang meronda Cork kurang berjaya. Tapi kitorang tak melepaskan peluang ke Fota Wildlife Park, Cork. Kalau korang nak rasa kangaroo selamba je lintas depan korang, burung tak terbang bila korang datang dekat, meerkat comel berbaris depan korang (senang nak shoot gambar), zirafah & burung kasawari nak kejar korang (tapi tak boleh sebab ada pagar elektrik paras pinggang), boleh la datang sini. tapi datang time summer yer sebab time winter kabus tebal sangat2. huhuhu...




Fota Widlife Park




On the way balik Newtownabbey, kitorang singgah kat Midway (R&R) & melantak Chicken Hut halal. Kira lepas geram sebab KFC kat sini tak halal. huhuhu... So sape2 (Muslim) yang kalau tak makan fast food boleh mati, jangan berangan nak duduk lama2 kat negara omputeh yer sebab fast food halal macam Chicken Hut bukan bersepah macam fast food restaurants kat Malaysia.

Setelah 5 hari 4 malam tinggalkan rumah, akhirnya kami selamat sampai. Kalau nak cerita, banyak lagi onak ranjau yang kami hadapi sepanjang 5 hari 4 malam 'vacation' ni tapi nama pun onak ranjau, tak seronok nak cerita panjang2... nan ti orang2 yang sayang kami risau kat kami. yang penting, we still survive!!! hehehe. Alhamdulillah....

Jumpa lagi di episod 'jalan2 cari pasal' yang seterusnya!!! =)

Assalamualaikum...

p/s: nak gambar lagi? jom tengok kat CORK, IRELAND (please login facebook)!!!

"SAVE PALESTINE! SAVE GAZA!"




Wednesday, 17 October 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal Sampai Sesat : Dublin

Assalamualaikum kengkawan semua,

Lama dah tak update blog... Bukan sebab aku busy, tapi my lovely wife busy melayan kerenah supervisor2 nya yang hebat2 belaka tue.. huhuhu... tapi dalam kesibukan, sempat jugak la kami mencuri masa melarikan diri dari Northern Ireland ke Dublin, Ireland... takde la jauh mana, sebelah2 je... tapi kenangan melancong berdua hanya dengan bantuan sat nav (pinjam je), keberanian & semangat yg berkobar2 akhirnya kami selamat pergi dan pulang... =)

Planning nak bertolak pukul 7am, tapi kerana kesian ngan wife yang tido lambat malam sebelum tu, kami bertolak pukul 9am. huhu... kami bawak siap2 baju, persediaan kalau tak larat nak balik hari. tepat kul 9am, perjalanan kami bermula. tanpa guna sat nav (sebab sat nav bukan betul sangat pun)dengan confidentnya kami straight ikut highway M1. punyalah seronok nak vacation sampai lupa tengok signboard ke Dublin. so kami pun terlajak ke hujung Craigavon. waktu tu dah dekat 11am. setelah diyakinkan oleh cashier petrol pump yg kami dah salah jalan, barulah kami on sat nav dan patah balik ke jalan yang benar melalui Armagh. kul 12pm kami pun tiba di sempadan Ireland.

bergambar jap kat tepi petrol pump Craigavon
 
masuk highway ke Dublin


Masuk je Dublin, jalan jem... huhu... redah punya redah, kami tiba di Dublin Mosque dekat pukul 2pm... perut dah berbunyi2... apa lagi, melantak nasi beriani ayam la kami kat restoran masjid tu... boleh tahan la nasi beriani dia...

masjid Dublin
 
 
nasi beriani restoran @ masjid Dublin


selesai solat jamak ta'dim, baru la pikir nak jalan2 kat mana... pikir punya pikir, kami pun ke Dublin Castle. pusing punya pusing cari parking, kami pun sampai ke Dublin Castle pukul 3.30pm.

Dublin Castle
 
kami dapat masuk laman castle je sbb tiket masuk castle dah sold out. setelah melepaskan geram kat toilet castle dan bergambar di luar castle, kami kembali ke kereta & pergi cari parking murah... pusing sana sini, sesat sana sini, siap side mirror kene langgar, kami pun parking kat sebelah river... parking kat situ lepas pukul 7pm & whole sunday free...

Iskander's Shawarma Specialist
 
Lamb Shawarma


perut dah lapar, kami pun gi makan lamb shawarma kat Iskander's. terbaik gak shawarma dia... dah kenyang kami pun pikir nak balik malam tu gak ke nak balik esoknya... memandangkan mcm tak berbaloi kalau balik malam tu gak, kami pun cari la hotel... tengok harga hostel pun boleh tahan mahal, 55 EUR... try tanya, diorang cakap "no vacancies". abis satu, satu hotel & hostel kami tanya semua jawab yang sama... kene pulak masa tu bawak sekali beg baju, memangg berketar la lutut jalan kaki pusing bandar Dublin cari hotel...

masa tengah pusing2 tu, ade lak mamat mabuk tahan kitorang tanya ada apa dalam beg. pastu tanya kitorang ni dari Cambodia ke? huhuhu... pastu kat area Dublin City 'bagai syurga dunia' kena pulak malam minggu... bar, pub dan sewaktu dengannya penuh dengan orang. kena pulak Guinness asalnya dari sini... huhuhu... perempuan2 seksi takyah cakap la... yang mabuk lintas jalan pun ada... tak sejuk agaknya pakai pendek2 gitu... hehehe... lagi satu peminta sedekah bersepah2 duduk kat kaki lima... kesian pun ada tapi tgk badan semua mampu lagi bekerja... susah dapat kerja kot... huhuhu...

dah puas jalan kaki, kami cari guna kereta pulak sebab orang2 hotel cakap hotel area Dublin City mmg fully booked sbb semalamnya ada World Cup Qualification (Ireland vs Germany) & malam tu ada Heineken Cup. sbb kan dah tak yakin ada bilik kosong, kami pun try hotel kat Dublin Airport.. Selamat ada Clarion Hotel, tapi harga mahal dua kali ganda, 99 EUR tak termasuk parking... Malas nak pikir panjang, kami menetap la kat hotel tu satu malam. kasi lepas segala penat lelah kami hari tu... zzzzzzzzzzzzz.......

Clarion Hotel @ Dublin Airport
 

Esok paginya, kami check out hotel & terus ke Subway halal dekat dengan US Embassy untuk sarapan... hahaha... Mula2 ingat kat dalam embassy, selamat tak masuk... kalau tak, tak pasal2 kene marah dgn guard... pusing2 akhirnya jmp Subway...

Restoran Subway halal dekat US Embassy

laparnya dier... =)
 

borak2 dgn tauke Subway & melantak smpi kenyang, kami pun jalan2 area Essex Street sampai la ke Wax Museum... masuk2 Wax Museum ingatkan org betul, rupa2nya patung lilin... horror gak la tgk takut2 tiba2 patung tu gerak... puas gak bergambar dalam tu walaupun byk kali kena tukar camera setting sbb kurang pencahayaan... huhu...

Essex Street area
 
The Temple Bar


Wax Museum
 
Freddy Krueger @ Wax Museum
 

naik turun naik balik turun balik museum tu, tgk2 dah kul 2pm lebih... singgah jap kat Mezza utk lunch... makan kebab rice... nasi dia mmg special... sedap...

Mezza Lebanese Cuisine
 
Kebab Lamb Rice
 

dah kenyang before balik, kami cari la masjid kat Talbot Street tapi tak jumpa2... parking kete kat Irish Life, kami pun menapak kat Talbot Street.. ternampak la dua gadis melayu tgk jalan2 baru habis shopping, wife dgn selamba tanya masjid kat mana... rupa2 nya pintu masjid tu kat celah kedai... huhuhu...

Talbot Mosque @ Talbot Street
 

 settle solat, kami cari souvenir utk diri sendiri... huhuhu... nak cari untuk orang lain belum ada budget... settle semua, kami pun bertolak pulang... masa tu dah pukul 6pm... pecut punya pecut sampai la kat Belfast kul 7.45pm... singgah kat Bombay beli nasi beriani utk dinner, kami pun sampai rumah dekat pukul 9pm... cukup 36 jam kami jalan2... hehehe... syukur sangat2 kami selamat pergi dan pulang...

Next month maybe kami akan ke Cork, Ireland pulak alang2 aku nak amik BOSIET Training kat sana. Pastu Disember maybe ke London pulak wife ade presentation kat sana. Otai2 UTM nak datang katanya, tp tak ada apa2 confirmation lagi... so tunggu 'jalan2 cari pasal sampai sesat' kami yang seterusnya....

Assalamualaikum...

P/S : nak tgk gambar lagi? gi la kat https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151202611329096.473476.526004095&type=3 (jangan lupa sign in Facebook dulu!!!)

Friday, 14 September 2012

GEREJA JADI MASJID??!!

Assalamualaikum sahabat2...

ni bukan nak cerita gempak atau gosip semata2 tapi nak cerita tentang masyarakat Islam di Northern Ireland dah semakin ramai, Alhamdulillah... yang agak menyedihkan Pusat Islam Belfast (Belfast Islamic Centre) yang ada sekarang adalah sebuah rumah teres 3 tingkat yang diubahsuai yang mana tidak dapat menampung bilangan penduduk Islam di sini...

Ada sebuah Gereja terpakai dan tidak digunakan lagi untuk dijual. Masyarakat Islam di sini sangat berharap dapat membeli dan megubahsuai gereja tersebut menjadi Masjid dan Pusat Masyarakat Islam, Belfast. Gereja tersebut berharga £700,000 dan kami baru mengumpul hampir £250,000 melalui tabung derma dan bantuan kewangan. Berikut adalah sebahagian gambar Gereja tersebut:

 



 

Bakal Masjid baru ini akan digunakan oleh lebih 150 orang pelajar Malaysia sebagai pengguna utama, beberapa pelajar Islam lain dan penduduk Islam tetap di sini yang terdiri dari pelbagai kaum. Walaupun terdapat penduduk Islam di sini bekerja sebagai profesional, majoriti penduduk Islam di sini terdiri daripada mereka yang bergaji rendah dan tidak bekerja, maka agar sukar bagi kami untuk membeli Gereja tersebut tanpa bantuan luar.

Kami amat berharap sahabat2 yang ingin berjihad dengan menderma sedikit wang bagi memastikan harapan setinggi gunung masyarakat Islam di sini untuk mendapatkan Masjid yang baru tercapai dengan jayanya.

"The Muslim community in Northern Ireland is hoping to purchase a disused church to convert it into a Mosque and a Muslim community centre, Belfast. The property is going at £700,000 and so far we have raised nearly £250,000 in donations and pledges.
Our present Belfast Islamic Centre, a converted house, is getting too cramped for the increasing number of Muslims in Belfast and we are hoping to take this opportunity to purchase a much larger property. The disused church is just behind Queen's University, convenient to students and the residents.

Malaysian students numbering around 150 would form the main bulk of students using the mosque, with students and local residents from different ethnic communities forming the remainder. Local residents originate from different countries and have settled in Northern Ireland as professionals, business men and those working the public and private sectors; however, a large majority are in low paid jobs and are asylum seekers. This makes it hard for the local community to purchase the church without outside help. Hence, we neeed all the help we can get to raise the much needed funds" - Dr. Raja Harun, Vice Chair, Fund Raising Committee.
Segala pertanyaan boleh emel kepada mohdshahrilbinsalleh@gmail.com.

Segala pembayaran derma boleh dibuat kepada:
 
"Belfast Islamic Centre (New Mosque Account)"
No. Akaun : 36038772
Sort Code : 90-21-27
Swift  Code : BOFIGB2B
IBAN : GB 18 BOFI 9021 2736 0387 72
Alamat : Bank of Ireland, Belfast City Branch, 4-8 High Street, Belfast BT1 2BA

 
Pamplet berkaitan dengan kutipan derma Masjid ini adalah seperti di bawah.


 


~ MOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN YANG BERLIPAT GANDA ATAS JIHAD KITA ~

Saturday, 1 September 2012

Malaysians @ Belfast - MERDEKA Celebration

Assalamualaikum friends,

SELAMAT HARI MERDEKA rakyat Malaysia!!! aku harap tak terlambat lagi nak ucap kat korang. hehehe... Sebenarnya aku baru je balik dari sambut Merdeka kat Belfast dengan rakyat Malaysia kat sini... ribuan terima kasih kepada QMC yang menganjurkan. terima kasih gak pada yang datang dengan mengekalkan keamanan majlis tanpa ada 'bendera baru' dan gambar untuk dipijak walaupun aku tahu ada perbezaan idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia kat sini...

pembukaan majlis dari Ustaz Faisal


program dimulakan dengan Forum Kemerdekaan... hohoho!!! mulanya aku ingat forum tu hanya nak cukup syarat tentatif program tapi wow!!! luahan pendapat dan nasihat dari panel forum, Uncle Raja & Abang Lan, juga dari para penonton membuktikan yang rakyat Malaysia kat sini sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia & sangat sayangkan Malaysia... apa yang aku dapat rumuskan dari forum tu kita sebagai rakyat Malaysia perlu tau tanggungjawab kita dan perlu luahkan idea2 bernas untuk negara, bukan kutuk sana sini tanpa selidik dan menjadi batu api untuk pecah-belahkan orang lain. lagi satu pasal sejarah Malaysia. semua orang boleh putar-belitkan sejarah, sejarah dunia pun orang dah mula sangsi. so nak tau kita kena cari, jangan tunggu orang lain cari pastu kene kelentong bulat2. huhuhu... untuk ingatan diri sendiri dan kengkawan... 'belajarlah dari sejarah untuk perjuangan masa hadapan'...

tuan pengerusi dan panel2 forum
 
para ajk majlis dan tetamu yang hadir
 

dah abis forum ada kuiz pulak. yang terkejutnya aku baru je tinggalkan Malaysia 4 bulan, tapi orang Malaysia yang duk oversea bertahun2 lagi ingat sejarah Malaysia dari aku... huhuhuhu... malu jap... duk diam2 sudah... hehehe...
 
Kak Rina membaca soalan kuiz
 

pastu acara kemuncak (bagi aku la) pun tiba.... makan!!! hahaha!!! datang tangan kosong tau nak makan je... huhuhu... nak wat cam mane... masak tak sedap kesian lak kat kawan2 kena makan masakan aku... tapi masakan dari tukang masak profesional, Ustaz Faisal & Kak Ucu, kek hari jadi taraf kek kat hotel dari pakar kek, Kak Rina dan makanan2 lain dari pakar2 yang datang bawak makanan, korang punya potluck memang sedap... tu yang sayang sangat kat korang tu... hehehe...

 
 
makan time!!!


last sekali kitorang layan filem... anak2 layan upin ipin merdeka, orang dewasa layan hati malaya... walaupun aku dah tgk filem ni kat Malaysia, berat jugak la hati nak balik sebelum filem ni abis... takde la best mana, tak tau pun cite tu ikut betul tak sejarah Malaya, tapi perjuangan dalam cite tu sebenarnya berlaku kat idup kita sehari2... bukan senang nak suruh orang percaya kat kita, bukan senang nak wat keputusan yang tepat dalam masa yang singkat, dan bukan senang nak berkorban kepentingan diri untuk kebahagian bersama sedangkan orang lain duk saja menanti kebahagiaan tu datang. huhuhuhu. teringat masa wat MLM dulu. x jauh beza masa Onn keluar parti dengan masa leader tertinggi keluar bukak company lain...

so tu je la untuk kali nie... terima kasih kepada penganjur yang berkorban masa dan tenaga untuk sambutan Merdeka Malaysia di luar Malaysia. terima kasih...

p/s : nak tgk gambar lagi gi la kt link nie yer : Merdeka Celebration 2012 (kena sign in FB dulu baru boleh bukak)

Proud to be Malaysian!! Assalamualaikum...

Thursday, 30 August 2012

Malaysia & Northern Ireland...

Assalamualaikum friends...

masuk hari ni cukuplah 114 hari aku & wife tinggal kat Northern Ireland (NI), 62 hari menumpang di rumah kawan & 52 hari di rumah sendiri. huhuhu... wow! dah dekat 4 bulan rupanya kt sini & still kitorang bernafas lagi... alhamdulillah... :-) kalau dulu selalu berangan duk kat oversea akhirnya atas berkat rezeki dapat wife yg sangat la rajin belajar, (rajin ke??? he3) angan2 jadi kenyataan... tokmak pun x caya aku dapat gi oversea tuuuuu...... mesti korang pun ada angan2 yg sama kan? hehehehe...


kat sini nak cerita pahit manis kitorang duk kat sini dari hari pertama kitorang jejak kaki di Belfast City Airport sampai la aku duk dpn laptop taip post nih. masa 1st day sampai, cuaca taklah seperti yang disangka... sejuk woo walaupun summer... masa tu 8 darjah celcius kot + hujan renyai2... a thousand thanks to Big Bundle kerana menjual baju sejuk yang sesuai dan murah... hahaha... sape kata baju bundle x ok? hehehe... 



 masa sampai kat Heathrow Airport, London

nak tau nape kitorang menumpang di rumah kawan selam 62 hari? sebab kat sini nak dapat rumah sewa yg sesuai dan menepati spesifikasi yg betul bukan mudah. kat Malaysia masalah cuaca panas, kt NI masalah cuaca sejuk. heater sama penting cam kipas & rumah sewa yg kitorang dapat 1st tu landlord dia tak pasang heater melainkan time winter sahaja... huhuhu... musim summer pun boleh jejak 8 darjah celcius, apalagi time spring & autumn... so, hiduplah kami menumpang di rumah Bro Saipul & Kak Rin. Juta2 terima kasih kat diorang sbb jaga & layan kami macam family sendiri walaupun baru kenal...



teksi, rumah Bro Saipul & Kak Rin


Belfast, ibu kota NI boleh kata kurang sikit dari KL tapi lebih sikit dari JB. kalau nak cari makanan halal & macam Malaysia, sini la tempatnya... Masjid pun ada tp x berapa besar & diorang tgh berusaha beli church lama utk modified jadi masjid (akan dicerita lebih lanjut di post seterusnya). Port org Malaysia kt Belfast - Malaysian Student Centre (MSC). nak gi Belfast ni boleh naik train or bas, tapi kos nya lebih kurang naik kereta. better beli kereta  so kitorang pon beli kereta... kereta murah kat sini cuma kitorang ade problem nak wat insurans je la masa mula2 beli... huhuhuhu... yg respectnya cara org memandu kat sini... baru faham kenapa kat Malaysia banyak accident.. huhu..



Belfast City Hall



Malaysian Student Centre (MSC), Belfast

10th July, hari pertama kitorang masuk rumah baru. hehehe... Bro Saipul cakap, " ha, boleh tak pakai baju la lepas ni... hahaha ". bermulalah kami hidup berdikari sebagai foreigners... tak masak tak makan, tak bayar bil letrik sdr tanggung (air free), tak shopping brg dapur alamatnya korek je la apa yg ada. hahaha... sini tak mcm Malaysia gi McD, KFC etc., semua halal... kat sini nk shopping pun tgk ingredients tau. ambik perencah Knorr tgk2 bukan perencah ayam, tapi perencah ham... huhu...

Depan umah kitorang, pantai.. tu yg bestnya. bukan sebab tgk orang bogel, tapi dapt tengok pemandangan & angin sepoi2 bahasa... hehehe... kalau ada event, meriah la pantai ni dgn funfair, konsert & bunga api... malangnya ramai kaki mabuk kat sini so kena la berhati2... 
pantai depan rumah - Loughshore Park, Shore Road


kat sini nak terima kasih banyak2 kepada warga Malaysia kat NI sebab jaga & layan kami sebaik mungkin stakat nih... ada sahabat pesan, " siapa lagi nak tolong kita kalau bukan orang kita sendiri "...  pesanan yang sangat mendalam dari orang yang boleh dikatakan lama la jadi foreigner...

so tu je la setakat nie... kitorang x sempat lagi nak gi jalan2... wife busy, dia yang kata la... aku busy tgk bola & baca manga je... hehehehe....


p/s: ni link FB aku klu nk tgk foto2 lain yer... :-P (kena sign in FB dulu baru boleh bukak)
Belfast, NI

Jordanstown, NI

Assalamualaikum...