Followers

Friday, 14 September 2012

GEREJA JADI MASJID??!!

Assalamualaikum sahabat2...

ni bukan nak cerita gempak atau gosip semata2 tapi nak cerita tentang masyarakat Islam di Northern Ireland dah semakin ramai, Alhamdulillah... yang agak menyedihkan Pusat Islam Belfast (Belfast Islamic Centre) yang ada sekarang adalah sebuah rumah teres 3 tingkat yang diubahsuai yang mana tidak dapat menampung bilangan penduduk Islam di sini...

Ada sebuah Gereja terpakai dan tidak digunakan lagi untuk dijual. Masyarakat Islam di sini sangat berharap dapat membeli dan megubahsuai gereja tersebut menjadi Masjid dan Pusat Masyarakat Islam, Belfast. Gereja tersebut berharga £700,000 dan kami baru mengumpul hampir £250,000 melalui tabung derma dan bantuan kewangan. Berikut adalah sebahagian gambar Gereja tersebut:

 



 

Bakal Masjid baru ini akan digunakan oleh lebih 150 orang pelajar Malaysia sebagai pengguna utama, beberapa pelajar Islam lain dan penduduk Islam tetap di sini yang terdiri dari pelbagai kaum. Walaupun terdapat penduduk Islam di sini bekerja sebagai profesional, majoriti penduduk Islam di sini terdiri daripada mereka yang bergaji rendah dan tidak bekerja, maka agar sukar bagi kami untuk membeli Gereja tersebut tanpa bantuan luar.

Kami amat berharap sahabat2 yang ingin berjihad dengan menderma sedikit wang bagi memastikan harapan setinggi gunung masyarakat Islam di sini untuk mendapatkan Masjid yang baru tercapai dengan jayanya.

"The Muslim community in Northern Ireland is hoping to purchase a disused church to convert it into a Mosque and a Muslim community centre, Belfast. The property is going at £700,000 and so far we have raised nearly £250,000 in donations and pledges.
Our present Belfast Islamic Centre, a converted house, is getting too cramped for the increasing number of Muslims in Belfast and we are hoping to take this opportunity to purchase a much larger property. The disused church is just behind Queen's University, convenient to students and the residents.

Malaysian students numbering around 150 would form the main bulk of students using the mosque, with students and local residents from different ethnic communities forming the remainder. Local residents originate from different countries and have settled in Northern Ireland as professionals, business men and those working the public and private sectors; however, a large majority are in low paid jobs and are asylum seekers. This makes it hard for the local community to purchase the church without outside help. Hence, we neeed all the help we can get to raise the much needed funds" - Dr. Raja Harun, Vice Chair, Fund Raising Committee.
Segala pertanyaan boleh emel kepada mohdshahrilbinsalleh@gmail.com.

Segala pembayaran derma boleh dibuat kepada:
 
"Belfast Islamic Centre (New Mosque Account)"
No. Akaun : 36038772
Sort Code : 90-21-27
Swift  Code : BOFIGB2B
IBAN : GB 18 BOFI 9021 2736 0387 72
Alamat : Bank of Ireland, Belfast City Branch, 4-8 High Street, Belfast BT1 2BA

 
Pamplet berkaitan dengan kutipan derma Masjid ini adalah seperti di bawah.


 


~ MOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN YANG BERLIPAT GANDA ATAS JIHAD KITA ~

Saturday, 1 September 2012

Malaysians @ Belfast - MERDEKA Celebration

Assalamualaikum friends,

SELAMAT HARI MERDEKA rakyat Malaysia!!! aku harap tak terlambat lagi nak ucap kat korang. hehehe... Sebenarnya aku baru je balik dari sambut Merdeka kat Belfast dengan rakyat Malaysia kat sini... ribuan terima kasih kepada QMC yang menganjurkan. terima kasih gak pada yang datang dengan mengekalkan keamanan majlis tanpa ada 'bendera baru' dan gambar untuk dipijak walaupun aku tahu ada perbezaan idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia kat sini...

pembukaan majlis dari Ustaz Faisal


program dimulakan dengan Forum Kemerdekaan... hohoho!!! mulanya aku ingat forum tu hanya nak cukup syarat tentatif program tapi wow!!! luahan pendapat dan nasihat dari panel forum, Uncle Raja & Abang Lan, juga dari para penonton membuktikan yang rakyat Malaysia kat sini sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia & sangat sayangkan Malaysia... apa yang aku dapat rumuskan dari forum tu kita sebagai rakyat Malaysia perlu tau tanggungjawab kita dan perlu luahkan idea2 bernas untuk negara, bukan kutuk sana sini tanpa selidik dan menjadi batu api untuk pecah-belahkan orang lain. lagi satu pasal sejarah Malaysia. semua orang boleh putar-belitkan sejarah, sejarah dunia pun orang dah mula sangsi. so nak tau kita kena cari, jangan tunggu orang lain cari pastu kene kelentong bulat2. huhuhu... untuk ingatan diri sendiri dan kengkawan... 'belajarlah dari sejarah untuk perjuangan masa hadapan'...

tuan pengerusi dan panel2 forum
 
para ajk majlis dan tetamu yang hadir
 

dah abis forum ada kuiz pulak. yang terkejutnya aku baru je tinggalkan Malaysia 4 bulan, tapi orang Malaysia yang duk oversea bertahun2 lagi ingat sejarah Malaysia dari aku... huhuhuhu... malu jap... duk diam2 sudah... hehehe...
 
Kak Rina membaca soalan kuiz
 

pastu acara kemuncak (bagi aku la) pun tiba.... makan!!! hahaha!!! datang tangan kosong tau nak makan je... huhuhu... nak wat cam mane... masak tak sedap kesian lak kat kawan2 kena makan masakan aku... tapi masakan dari tukang masak profesional, Ustaz Faisal & Kak Ucu, kek hari jadi taraf kek kat hotel dari pakar kek, Kak Rina dan makanan2 lain dari pakar2 yang datang bawak makanan, korang punya potluck memang sedap... tu yang sayang sangat kat korang tu... hehehe...

 
 
makan time!!!


last sekali kitorang layan filem... anak2 layan upin ipin merdeka, orang dewasa layan hati malaya... walaupun aku dah tgk filem ni kat Malaysia, berat jugak la hati nak balik sebelum filem ni abis... takde la best mana, tak tau pun cite tu ikut betul tak sejarah Malaya, tapi perjuangan dalam cite tu sebenarnya berlaku kat idup kita sehari2... bukan senang nak suruh orang percaya kat kita, bukan senang nak wat keputusan yang tepat dalam masa yang singkat, dan bukan senang nak berkorban kepentingan diri untuk kebahagian bersama sedangkan orang lain duk saja menanti kebahagiaan tu datang. huhuhuhu. teringat masa wat MLM dulu. x jauh beza masa Onn keluar parti dengan masa leader tertinggi keluar bukak company lain...

so tu je la untuk kali nie... terima kasih kepada penganjur yang berkorban masa dan tenaga untuk sambutan Merdeka Malaysia di luar Malaysia. terima kasih...

p/s : nak tgk gambar lagi gi la kt link nie yer : Merdeka Celebration 2012 (kena sign in FB dulu baru boleh bukak)

Proud to be Malaysian!! Assalamualaikum...